Tuesday, March 1, 2016

Tajuk : Tafsir Surah Al-Baqarah: ayat 33 hingga 35

Ustaz Dr. Farid Ravi. Kuliah Subuh. February 21, 2016.

Sambungan drpd Kuliah (ayat 30) sebelumnya:

Surah Al-Baqarah 2:30
------------------
‎وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

‎نُسَبِّحُ - present tense. Sedang berlaku.

‎سبحانك - tidak terikat dgn masa. Lafaz mutlak. Sama ada manusia bertasbih atau tidak bertasbih, Allah itu tetap Maha Suci, tanpa memerlukan hambanya untuk bertasbih utk mensucikanNya.

Surah Al-Baqarah 2:33
------------------
قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

- Allah mengajarkan Adam & hamba2nya dgn ilmu

- Ilmu ini diterima secara berturutan drpd guru2 atau Alim ulama menjurus kpd para nabi & diajarkan Allah. Tidak terputus drpd pergantungan kpd Allah swt

- Bagaimana hebat mana pun manusia itu, tetapi akhirnya akan menjurus kpd pergantungan kpd keEsaan Allah. Allah swt menegaskan bahawa Dia Maha mengetahui segala sesuatu  (إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ)

- Menurut Imam Fakrulrazi - nabi Adam itu diajar oleh Allah swt ilmu2 bagaimana utk mentadbir alam, termasuk ilmu memburu, ilmu mencari galian, etc. ini utk menjawab persoalan drpd malaikat bahawa manusia itu akan melakukan kerosakan di muka bumi

- Manusia itu lebih mulia drpd malaikat Jika manusia Menguasai ilmu

- Menurut Hasan Al-Basri - manusia dicipta dgn adanya nafsu & aqal. Aqal Jika diasuh & dididik, akan dapat mengawal & menundukkan nafsu ke arah kebenaran. Binatang diciptakan dgn nafsu tanpa aqal. Malaikat diciptakan dgn aqal tanpa nafsu. Nafsu itu penting untuk urusan manusia melakukan sesuatu. Contohnya utk mendirikan solat atau qiyamulail, mesti ada nafsu utk melakukannya. Oleh itu nafsu itu perlu dikawal & dipandu dgn aqal.                                     (قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا)

- Nafsu itu boleh diasuh utk melakukan kebaikan.

- Malaikat takjub apabila melihat kebolehan nabi Allah Adam dapat memberi tahu nama perkara2 yg diajarkan oleh Allah swt. "Allah Maha  mengetahui perkara yg ghaib & juga nyata (إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ)". Dialog ini berlaku di Syurga, tetapi juga mengajar kita tentang kebesaran & keluasan ilmu Allah swt utk generasi kemudian

- Ilmu Allah itu Maha luas. Allah swt mengetahui Apa yg kita lakukan sama ada secara terang-terangan atau secara sembunyi (فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره)

- Maka bergembiralah kpd mereka yg menerima catatan Amal mereka dgn tangan kanan

- Surah Al-Haqqah: 19

- فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَهْ

- Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

- Allah swt sangat2 Maha Pengampun maka berbanyak-banyaklah bermohon keampunan kod Allah swt

- Surah Nuh 71:10
- ------------------

- فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

- "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

- (السَّمَاوَاتِ ) Langit itu plural - di mana2 kita pergi dilindungi langit langit, tafsiran yg lain merujuk kpd wujudnya beberapa lapisan langit. Sedangkan al-ard (وَالْأَرْضِ) itu singular.
- يا - itu merujuk kpd yg memanggil itu Maha tinggi. Yg dipanggil itu maha rendah.

Surah Al-Baqarah 2:34
------------------
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

- Semua malaikat sujud apabila terbit perintah drpd Allah, kecuali iblis. Iblis (إِبْلِيسَ) itu adalah nama. Syaitan itu merujuk kpd sifat. (شطن) adalah perkataan asal  (٦الشيطان) yg bermaksud menjauhkan. Syaitan secara umumnya merujuk kpd semua usaha utk menjauhkan manusia drpd mentaati perintah Allah swt

- Adam itu drpd tanah liat yg dibakar

- Menurut Hadis sahih: "iblis menemui sesuatu di dalam diri Adam itu yg dia tidak boleh/mampu kawal" iaitu hati.

- فَسَجَدُوا - sujud dgn segera.

- Iblis itu dianggap kafir iaitu golongan yg engkar.          (خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِي) "Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah"

- Sujud kpd Allah kerana Adam diciptakan bukannya sujud kpd Adam. Umpamanya kita sujud di hadapan Kaabah kerana sujud mengEsakan Allah swt bukan sujud kpd Kaabah.

- وَاسْتَكْبَرَ - engkar, bongkak & sombong

Holy Quran 2:35
------------------
وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

Regards,

Ummieyesa

No comments:

Post a Comment