Tuesday, March 1, 2016

Tajuk : Tafsir Surah Al-Baqarah: ayat 33 hingga 35

Ustaz Dr. Farid Ravi. Kuliah Subuh. February 21, 2016.

Sambungan drpd Kuliah (ayat 30) sebelumnya:

Surah Al-Baqarah 2:30
------------------
‎وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

‎نُسَبِّحُ - present tense. Sedang berlaku.

‎سبحانك - tidak terikat dgn masa. Lafaz mutlak. Sama ada manusia bertasbih atau tidak bertasbih, Allah itu tetap Maha Suci, tanpa memerlukan hambanya untuk bertasbih utk mensucikanNya.

Surah Al-Baqarah 2:33
------------------
قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

- Allah mengajarkan Adam & hamba2nya dgn ilmu

- Ilmu ini diterima secara berturutan drpd guru2 atau Alim ulama menjurus kpd para nabi & diajarkan Allah. Tidak terputus drpd pergantungan kpd Allah swt

- Bagaimana hebat mana pun manusia itu, tetapi akhirnya akan menjurus kpd pergantungan kpd keEsaan Allah. Allah swt menegaskan bahawa Dia Maha mengetahui segala sesuatu  (إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ)

- Menurut Imam Fakrulrazi - nabi Adam itu diajar oleh Allah swt ilmu2 bagaimana utk mentadbir alam, termasuk ilmu memburu, ilmu mencari galian, etc. ini utk menjawab persoalan drpd malaikat bahawa manusia itu akan melakukan kerosakan di muka bumi

- Manusia itu lebih mulia drpd malaikat Jika manusia Menguasai ilmu

- Menurut Hasan Al-Basri - manusia dicipta dgn adanya nafsu & aqal. Aqal Jika diasuh & dididik, akan dapat mengawal & menundukkan nafsu ke arah kebenaran. Binatang diciptakan dgn nafsu tanpa aqal. Malaikat diciptakan dgn aqal tanpa nafsu. Nafsu itu penting untuk urusan manusia melakukan sesuatu. Contohnya utk mendirikan solat atau qiyamulail, mesti ada nafsu utk melakukannya. Oleh itu nafsu itu perlu dikawal & dipandu dgn aqal.                                     (قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا)

- Nafsu itu boleh diasuh utk melakukan kebaikan.

- Malaikat takjub apabila melihat kebolehan nabi Allah Adam dapat memberi tahu nama perkara2 yg diajarkan oleh Allah swt. "Allah Maha  mengetahui perkara yg ghaib & juga nyata (إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ)". Dialog ini berlaku di Syurga, tetapi juga mengajar kita tentang kebesaran & keluasan ilmu Allah swt utk generasi kemudian

- Ilmu Allah itu Maha luas. Allah swt mengetahui Apa yg kita lakukan sama ada secara terang-terangan atau secara sembunyi (فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره)

- Maka bergembiralah kpd mereka yg menerima catatan Amal mereka dgn tangan kanan

- Surah Al-Haqqah: 19

- فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَهْ

- Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

- Allah swt sangat2 Maha Pengampun maka berbanyak-banyaklah bermohon keampunan kod Allah swt

- Surah Nuh 71:10
- ------------------

- فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

- "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

- (السَّمَاوَاتِ ) Langit itu plural - di mana2 kita pergi dilindungi langit langit, tafsiran yg lain merujuk kpd wujudnya beberapa lapisan langit. Sedangkan al-ard (وَالْأَرْضِ) itu singular.
- يا - itu merujuk kpd yg memanggil itu Maha tinggi. Yg dipanggil itu maha rendah.

Surah Al-Baqarah 2:34
------------------
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

- Semua malaikat sujud apabila terbit perintah drpd Allah, kecuali iblis. Iblis (إِبْلِيسَ) itu adalah nama. Syaitan itu merujuk kpd sifat. (شطن) adalah perkataan asal  (٦الشيطان) yg bermaksud menjauhkan. Syaitan secara umumnya merujuk kpd semua usaha utk menjauhkan manusia drpd mentaati perintah Allah swt

- Adam itu drpd tanah liat yg dibakar

- Menurut Hadis sahih: "iblis menemui sesuatu di dalam diri Adam itu yg dia tidak boleh/mampu kawal" iaitu hati.

- فَسَجَدُوا - sujud dgn segera.

- Iblis itu dianggap kafir iaitu golongan yg engkar.          (خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِي) "Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah"

- Sujud kpd Allah kerana Adam diciptakan bukannya sujud kpd Adam. Umpamanya kita sujud di hadapan Kaabah kerana sujud mengEsakan Allah swt bukan sujud kpd Kaabah.

- وَاسْتَكْبَرَ - engkar, bongkak & sombong

Holy Quran 2:35
------------------
وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

Regards,

Ummieyesa

Tajuk: Iman & Kehidupan (Yusuf Al-Qaradhawi)

Ustaz Mohd Sabir. Kuliah Subuh. February 19, 2016.

-------------------------------
Kemuliaan Kerana Iman
-------------------------------

- manusia mendapat kemuliaan & kedudukan penting serta peningkatan harga diri disebabkan iman
- Bertambah kemuliaan apabila menjadi mukmin

Surah Ali Imran 3:110
------------------
‎كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

- kita kena memikirkan bagaimana utk memberi manfaat kpd org lain, bukan hanya mengambil manfaat drpd org lain. Contohnya kita mencari rezeki bukan sahaja utk diri & Keluarga kita sahaja tetapi juga membantu golongan yg lebih memerlukan

- Surah Al-Baqarah 2:177
- ------------------
- ۞ لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

- Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
- Manusia menjadi mulia dgn dua syarat:
- (I) mengajak manusia kpd perkara makruf  (muhsinin - org2 melakukan kebaikan),

- Surah Ali Imran 3:134
- ------------------
- الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

- Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
- utk mendapat cinta Allah kena mengajak manusia ke arah kebaikan. Perkara yg makruf dilakukan di sisi Allah pasti mendapat balasan drpd Allah swt. Ahli2 jemaah masjid yg mengikuti berbagai majlis ilmu bertahun-tahun, ahli yg sama apabila meninggalkan masjid seharusnya menjadi manusia yg baik seperti di dalam masjid juga

- Surah Ali Imran 3:104
- ------------------
- وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
-
- Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang darip
 ada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

- Surah Ali Imran 3:110
- ------------------
- كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

- Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

- (II) dgn ilmu.
- Aqidah menjurus kita menjadi Ummat yg pertengahan (أُمَّةً وَسَطًا ) - boleh membezakan perkara yg buruk & baik.

- Surah Al-Baqarah 2:143
- ------------------
- وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ
-
- Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

- Kita diwajibkan utk memelihara diri & Keluarga drpd azab api neraka,

- Surah At-Tahrim 66:6
- ------------------
- يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

- Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

- Perasaan harga diri bertambah kuat dgn jiwa org yg beriman

- Surah Al-Baqarah 2:257
- ------------------
- اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

- Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

- Surah Ar-Rum 30:47
- ------------------
- وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ رُسُلًا إِلَىٰ قَوْمِهِمْ فَجَاءُوهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَانتَقَمْنَا مِنَ الَّذِينَ أَجْرَمُوا ۖ وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ

- Dan dem
 i sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

- Sifat org yg beriman itu yakin dgn Allah
- Allah swt akan melindungi org2 yg beriman dgn mengeluarkan mereka drpd kegelapan & memasukkan ke cahaya Iman (يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ)
- Kita berusaha & berazam utk menjauhkan diri drpd dikeluarkan drpd 'cahaya & menuju ke kegelapan'                                     (يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ)
- Pertolongan Allah itu adalah Rahsia Allah swt.

Regards,

Ummieyesa