Wednesday, February 17, 2016

Tajuk: Kitab 300 Hadith Bimbingan

Ustaz Abu Ammar Azraei. Kuliah Maghrib. February 14, 2016


Hadith ke - 7

، عَنْ سَعْدٍ بن أبي وقاس ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " فَضْلُ الْعِلْمِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ فَضْلِ الْعِبَادَةِ ، وَخَيْرُ دِينِكُمُ الْوَرَعُ " .

Dari   Saad bin Abi Waqqas  r.a  berkata Rasulullah saw: Kelebihan ilmu lebih aku sukai berbanding kelebihan ibadah, dan kebaikan agama kamu adalah warak. Hadith riwayat Al-Hakim.

- Nabi menyukai org yg beramal dgn ilmu.

Perbincangan :

1. Mengenali perawi hadis iaitu Saad bin Abi Waqqas - drpd Hadith "sebaik-baik generasi/kurun adalah generasi/kurun aku, iaitu generasi para sahabat". Sahabat nabi merujuk kpd insan yg berjumpa nabi dalam keadaan beriman & mati dalam keadaan beriman - mereka mendahulukan Allah & rasul dalam semua keadaan.

- Saad Ibn Waqas adalah sahabat yg Keempat memeluk agama Islam. Salah seorang drpd sepuluh sahabat yg dijanjikan Syurga. Saudara sebelah ibu nabi Muhammad saw. Seorang yg sangat teliti di dlm melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau telah dilantik sebagai Ketua risikan Rasullullah. Saad Ibn Waqas adalah sahabat pertama melontarkan panah kpd musuh di dalam perang pertama Islam.

Saad Ibn Waqas terkenal dgn Hadith berkaitan harta pusaka atau pewarisan:

‎"منعت الوصية بأكثر من الثلث لأن حق الورثة يتعلق بالمال ، فإذا أوصى بزائد عن الثلث صار في ذلك هضم لحقوقهم ، ولهذا لما استأذن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يوصي بثلثي ماله قال : (لا ، قال : فالشطر ؟ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا ، قال : فالثلث ؟ قال النبي صلى الله عليه وسلم : الثلث والثلث كثير . إنك أن تذر ورثتك أغنياء خير من أن تذرهم عالة يتكففون الناس

"Drpd Bukhari  telah meriwayatkan dengan sanadnya dari A'amir bin Sa'ad dari bapanya Sa'ad bin Abi Waqqas r.a dia berkata : (( Rasulullah SAW telah datang kepada kami menziarahiku ketika aku sakit kuat pada Haji Wada', maka aku berkata : Ya Rasulullah, sakitku telah sampai padaku seperti yang engkau lihat, sedangkan aku memiliki harta dan tiada yang mewarisiku melainkan anak perempuanku, bolehkah aku mensedekahkan 2/3 hartaku?
Beliau bersabda : Tidak.
Aku berkata : Separuhnya?
Beliau menjawab : Tidak.
Aku Berkata : sepertiga?
Beliau menjawab : Sepertiga dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya jika engkau meninggalkan warismu kaya lebih baik dari kau meninggalkan mereka miskin meminta2 dari tangan orang ramai. Dan engkau sekali2 tidak menafkahkan satu nafkah yang engkau harapkan wajah Allah dengannya melainkan engkau akan diberi pahala atasnya, walaupun sesuatu yang engkau suapkan kedalam mulut isterimu.)"

- Saad Ibn Waqas diberikan umur yg panjang & dikurniakan ramai anak. Kemudiannya dilantik gabenor di Kuffah. Beliau kemudiannya difitnah oleh Abi Qatadah (nota: ini bukan Abu Qatadah sahabat yg biasa kita dengar). Apabila khalifah Umar r.a datang melawat Kuffah, Abu Qatadah & rakan2nya telah menunggu khalifah Umar di sebuah masjid. Khalifah Umar suka bertanya mengenai kepemimpinan Saad Ibn Waqas. Apabila Umar bertanya, Abu Qatadah menjawab dgn 3 perkara berikut, Saad Ibn Waqas adalah:
A. Seorang genenor yg tidak pernah berhukum menurut kesamarataan
B. Seorang gebenor yg tidak adil & hidup dalam kemewahan
C. Seorang genenor yg tidak memelihara solatnya.

Kemudiannya khalifah Saidina Umar memecah Saad Ibn Waqas sebagai genenor Kuffah. Saad berkata الحمد لله.

Khalifah Umar berjumpa dgn Saad Ibn Waqas dan bertanyakan ketiga-tiga perkara tersebut. Jawapan Saad Ibn Waqas ketika ditanya khalifah Umar:
A. Saad menyatakan bahawa dia lebih lama melihat cara nabi menjalankan pemerintahan dan dia lebih maklum dgn cara nabi menjatuhkan sesuatu hukum
B. Saad menjawab lihatlah apa yg Ada di rumah gebenor - yg hampir kosong & tidak punya apa
C. Saad menyatakan dia lama tidak solat bersama nabi & dia solat mengikut cara nabi solat. Dia memanjangkan solat pada rakaat pertama, dan memendekkan pada rakaat2 yg berikutnya. Umar berpuashati dgn semua jawapan Saad Ibn Waqas.

Saad mendu'akan Abu Qatadah:
- Dipanjangkan umur Abu Qatadah
- Hidupnya
 dibentangkan dgn fitnah

Kedua-dua ini dimakbulkan Allah swt. Saad Ibn Waqas terkenal dgn du'a yg makbul - Salah satu cara mendapatkan du'a yg makbul ialah menjaga makanan & sumber pemakanan.

2. Huraian kelebihan ilmu - amalan jgn diukur dgn kuantiti semata-mata.

Contoh2 beramal dgn kelebihan ilmu:

- membaca (3 kali):

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

- Sapu satu kepala ketika mengambil wuduk kerana ini adalah lebih afdal. Walaupun Shafie menyatakan sah wuduk hanya dgn membasahi 3 helai rambut.
- Afdal mengqasar solat ketika bermusafir
- Di Arafah lebih afdal solat qasar - jamak takdim. Kerana ini adalah amalan nabi. Kecuali Saidina Uthman kerana beliau adalah orang Mekah

Orang yg berilmu ini org yg mengetahui khilaf - org yg mengetahui ilmu amalan, tetapi juga mengetahui perbezaan amalan org lain.

3. Cabang ilmu :
- Ilmu aqidah (Huraian ringkas memahami aqidah yg shahih dan perkara membatalkanya). Sentiasa memfikuskan diri utk memperbaiki ilmu aqidah
- Ilmu Syarak (Huraian mengenai keluasan ilmu dan khilaf).
- Ilmu Adab (Huraian keindahan adab Islam ). Paling mudah - makan & minum dgn tangan kanan. Muhammad bin Zaid Al-Maliki, menyatakan empat Hadis yg mencerminkan keperibadian atau adab Muslim & mukmin (mafhum Hadith tersebut):
- Tinggalkan perkara yg tiada kaitan dgn kita, Tidak masuk campur dalam perkara yg kita tidak tahu
- Berkata baik atau berdiam diri
- Jangan marah
- Mengasihi sesama saudara Islam

4. Huraian Warak yg menjadi kebaikan agama

Kaitanya dengan hadis :

عن الحسن بن علي رضي الله عنهما قال : " حفظت من رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ ، فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ ، وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

Dari Al Hasan bin Ali r.a : Aku menghafal dari Rasulullah saw : tinggalkan apa yg meragukan kamu kpd apa yg tidak meragukan, sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan, dan kedustaan itu adalah keraguan.

Hadith di atas memberikan definisi wara'.

Al-Hassan menyerahkan kembali institusi Khalifah kpd Muawiyyah. Sebab itu Al-Hassan tidak popular di kalangan pengikut Syiah.

Kesimpulan
-  Kekuatan kita Memperbanyakkan ibadah, perlu isi jiwa dgn ilmu.

 Catatan ringkas Kuliah Maghrib Ustaz Abu Ammar Azraei. Maaf di atas kekurangan & semoga bermanfaat.

Regards,

Ummieyesa

No comments:

Post a Comment